KEGAGALAN EMAS SEBAGAI ASET PELABURAN
&
KEGAGALAN EMAS SEBAGAI MATAWANG

Dua buku berkembar ini dihasilkan untuk membantu orang ramai supaya tidak tersilap melabur di dalam pelaburan emas yang penuh dengan bermacam-macam skim yang hanya merugikan dan juga untuk memberi pemahaman apakah ia matawang yang terbaik. Buku unik berkembar ini adalah berwarna-warni dan mempunyai ratusan mukasurat dan boleh dibaca seperti membaca buku biasa di dalam semua jenis smartphone dan tablet seperti ipad, Galaxy, Transformer dan semestinya juga, komputer biasa. Ianya penuh dengan analisis menarik serta mempunyai banyak carta dan grafik berwarna yang menjelaskan isu-isu menarik mengenai pelaburan emas dan juga mengenai kegagalan emas sebagai matawang dahulunya. Tiada had limit pembacaan dan anda boleh mendapatkan format pdf untuk keselesaan anda membacanya.

Mereka kata pelaburan emas ini menguntungkan, tetapi apakah buktinya? Penulis yang berlatar belakangkan bidang terhormat kejuruteraan ini mengemukakan bukti-bukti jelas (mengandungi banyak data dan pengiraan) mengapa pelabur-pelabur emas ini semuanya sedang berada di dalam kerugian. Mereka kata seekor kambing di zaman nabi dahulu boleh dibeli dengan sedinar, dan hari ini pun sama juga. Tetapi adakah ini benar? Jawapannya ada di dalam buku berkembar ini.

Mereka kata bahawa emas itu adalah islamik, tetapi adakah itu benar? Jawapannya cukup jauh daripada apa yang mereka selalu laung-laungkan. Buku berkembar terulung ini memaparkan bukti-bukti hebat daripada sumber AlQuran itu sendiri, apakah sebenarnya yang patut kita lakukan mengenai emas ini.

Mereka kata emas itu mengukuhkan ekonomi umat dan negara, tetapi adakah ianya benar? Pernahkah mereka berikan anda buktinya? Penulis mengemukakan analisis yang hebat dengan memaparkan bukti-bukti kukuh apakah akibatnya jika orang ramai sibuk menyimpan emas. Bacalah topik-topik menarik di dalam buku ini mengenai kenyataan mereka tentang emas. Penulis menyertakan satu analisis yang panjang menggunakan data terkini ke atas sebuah negara yang menunjukkan kesan-kesan, padah yang menghambat ekonomi negara tersebut apabila rakyatnya sibuk membeli dan menyimpan emas. Ianya tidak diciplak daripada mana-mana sumber dan semua data dan kesimpulan yang dibuat adalah dikira oleh penulis buku ini sendiri.

Mereka kata emas ini sentiasa naik dan sentiasa boleh beruntung. Benarkah begitu? Ianya adalah satu penipuan yang amat nyata, mereka sudah tiada kredibiliti lagi apabila mereka berkata sedemikian. Perhatikan carta menarik di bawah membuktikan bahawa emas itu bukannya sentiasa naik, ianya boleh juga turun dan kekal rendah untuk tempoh yang lama. Berapa lama, jawapannya ada di dalam buku ini!

Sinopsis Image1

Mereka kata wang kertas itu tiada nilai. Ianya tidak benar sama sekali! Wang kertas hanyalah mewakili aset-aset negara dan kertas itu memanglah tiada nilai, tetapi ianya mewakili sesuatu yang bernilai. Ianya sama seperti sijil milik kereta, rumah dan lain-lain. Isu ini ada diterangkan sedikit di dalam buku ini dan akan dijelaskan dengan mendalam di dalam terbitan kedua yang akan datang. Topik ini juga dikupas dengan mendalam di dalam buku pertama dan kedua siri 259 Trillion Vs 5 Trillion yang ditulis di dalam bahasa Inggeris dan diterbitkan di Amerika Syarikat oleh penulis.

Mereka kata wang kertas itu haram dari segi Islam. Sekali lagi, ini adalah tidak benar sama sekali. Mereka kata “interest” atau faedah itu adalah riba, tetapi ianya tidak sama, sama sekali. Mereka suka berkata tetapi mereka tiada menunjukkan bukti-buktinya. Kini penulis telah menyelesaikan kesemua permasalahan ini dan mengemukakan bukti-buktinya, satu persatu. Penulis berpesan bahawa beliau mahu anda boleh tidur dengan lena di waktu malam, berasa selesa dengan aktiviti-aktiviti harian kewangan anda dan anda berasa gembira kerananya. Penulis tidak mahu anda menjadi tamak seperti penyimpan-penyimpan emas di luar sana. Penulis mahu anda mendapat banyak pahala sambil menjadi kaya, bukannya menjadi seperti mereka yang tamak itu.

Mereka kata emas itu adalah segalanya, diangkat darjat dan banyak lagi. Penulis berani menyanggah kenyataan dangkal mereka ini kerana beliau mempunyai kesemua buktinya. Sudah pasti mereka akan berlari lintang pukang kerana gagal menjawab soalan-soalan tajam yang dilontarkan oleh penulis buku Kegagalan Emas Sebagai Aset Pelaburan dan juga buku Kegagalan Emas Sebagai Matawang ini. Penulis ingin berikan anda kesemua bukti-bukti ini dan soalan-soalan tajamnya sekali, supaya anda gunakannya untuk kebaikan anda dan keluarga anda. Anda percayakan mereka atau anda percayakan penulis? Mereka tidak boleh dipercayai kerana mereka juga adalah penjual dan pedagang emas! Sudah pasti mereka mengatakan ianya bagus, yang ianya sungguh baik, Islamik dan bermacam-macam lagi kerana “conflict of interest”. Penulis buku ini bukanlah seorang penjual emas, beliau hanyalah seorang jurutera yang telah mengkaji menggunakan matematik dan segala prinsip ekonomi untuk menjawab hujah-hujah mereka.

Buku unik berkembar dan eksklusif ini akan menjawab segala kemusykilan anda mengenai emas. Benarlah apa yang berada jauh di lubuk hati anda selama ini, iaitu satu perasaan yang selalu mencuit minda anda setiap kali anda terdengar hujah-hujah penjual-penjual emas ini, kerana bukti-buktinya akan penulis paparkan kepada anda dengan cara yang mudah dan menarik di dalam siri buku ini. Selepas ini, anda tiada kesangsian lagi mengenai pelaburan atau penyimpanan emas ini, dan anda akan memahami mengapakah datuk-nenek anda mengambil keputusan untuk membuang emas jauh-jauh.

Advertisements