Website dan buku berkembar eksklusif ini ditulis khas untuk anda di dalam Bahasa Malaysia. Tiada sepertinya di luar sana. Apa yang ada di luar sana hanyalah website oleh pedagang, penyimpan dan pemuja emas sahaja. Jangan percaya kata-kata mereka bulat-bulat sebelum anda membaca website eksklusif dan buku berkembar yang unik ini. Ianya diterbitkan untuk membantu pembaca-pembaca Melayu khususnya, kerana siri buku berbahasa Inggeris saya telah diterbitkan beberapa tahun dahulu. Ketika itu, tiada keperluan untuk menerbitkan buku khas untuk rakyat Malaysia. Siri 259 Trillion Vs 5 Trillion adalah melebihi seribu muka surat dan diasingkan dalam tiga buku yang bersambung. Siri tersebut boleh menjawab keseluruhan soalan-soalan anda yang tersimpan dan terbuku tanpa apa-apa jawapan selama ini. Daripada matawang, perbankan menggunakan bunga, hutang, aset, pembelian rumah dan banyak lagi. Semua permasalahan ada diungkap dengan rapi, penuh fakta dan dengan tiada putar belit. Siri tersebut menggunakan beratus-ratus ‘infographics’, banyak yang anda boleh muat turun secara percuma. Saya adalah “co-author” siri tersebut. Di dalam buku ini pula yang diterbitkan khusus untuk orang Malaysia, saya akan membawa anda melalui satu siri pembelajaran yang hebat. Anda akan menjadi lebih arif tentang wang dan emas. Apakah ia ciri-ciri wang yang baik, akan dipersembahkan, supaya tiada lagi kekeliruan mengenainya. Walaupun topik ini sukar (kerana banyak putar belit serta fakta-fakta salah telah diterima umum sebagai kebenaran), saya akan pastikan penjelasan-penjelasan saya sentiasa senang untuk difahami.

Saya juga ingin menegaskan, ketidakbaikan emas ini bukan sahaja boleh dibuktikan seratus peratus dan secara menyeluruh menggunakan prinsip ekonomi sahaja, tetapi juga menggunakan prinsip agama. Ini kerana pelopor-pelopor emas menggunakan prinsip agama untuk mempengaruhi orang ramai dan orang ramai tidak akan menerima penjelasan ekonomi sahaja, maka saya juga akan menggunakan prinsip agama untuk menunjukkan ketidakbaikan menyimpan emas ini. Jangan terpengaruh tanpa meneliti dengan mendalam kenyataan demi kenyataan yang mereka keluarkan. Semua manusia boleh tersilap, tidak kiralah berapa umur mereka atau apa pangkat mereka.

MULAKAN LANGKAH KE PELABURAN YANG BIJAK
Tempahlah buku yang menarik ini di SINI

——————————–
Peringatan Terakhir

Penulis menegaskan bahawa jika anda bersetuju untuk membaca website eksklusif dan buku berkembar ini sehingga habis, maka anda dengan secara automatiknya telah berjanji untuk sentiasa mengekalkan minda yang terbuka dan juga sentiasa boleh menerima kritikan dan percanggahan pendapat. Peranan beliau ialah menunjukkan apakah yang benar (menurut pandangan beliau). Untuk menyokong pendapat beliau, maka beliau telah menyediakan dan menyusun segala bukti dan fakta serta pengiraannya sekali di dalam buku berkembar yang sungguh menarik ini. Penulis yang telah menerbitkan beberapa buah buku yang menarik ini telah berpesan, “mungkin ada di antara para pembaca yang tidak akan menerima hujah-hujah tajam dan pedas saya, maka apa yang mereka perlu buat ialah menjawabnya dengan menyertakan fakta-fakta mereka sendiri serta segala pengiraannya. Saya mengambil masa yang panjang untuk menyelesaikan kajian saya, oleh itu kepada mereka yang ingin menjawab, mereka juga perlu berbuat demikian. Semoga dengan bertukar pendapat dan fakta, semua orang akan memperoleh keuntungan dan kebaikan”