SENARAI TOPIK

KEGAGALAN EMAS SEBAGAI ASET  PELABURAN

Kegagalan Emas Buku 1 5

LARANGAN MENYIMPAN EMAS

Topik ini ada menceritakan mengapa emas itu tidak boleh disimpan menurut agama Islam. Topik ini menyebut sumber-sumber jelas dan sahih daripada AlQuran dan memaparkan segala kekusutan ahli agama kerana mereka ingin juga ‘membenarkan’ penyimpanan emas. Mengapakah ianya tidak dibenarkan ada dijelaskan dengan terperinci sekali.

BERAPAKAH “UNTUNG” PENYIMPAN-PENYIMPAN EMAS SELAMA INI

Topik ini menceritakan bahawa pelabur-pelabur emas sebenarnya berada di dalam kerugian. Pulangan SEBENAR mereka ditunjukkan dengan jelasnya dan dibandingkan dengan pelaburan yang lain. Jangan tertipu lagi dengan persembahan manis mereka.

BERHARAP BULAN JATUH KE RIBA

Mereka sentiasa mengharap, tetapi tiada usaha. Mereka yang bijak boleh berusaha ke arah kemajuan diri sendiri dan umat, tanpa perlu bergantung kepada apa-apa. Jangan jadi mereka yang cuma berdoa dan kemudiannya hanya menunggu dan menggoyang kaki; anda boleh membuat jauh lebih baik dan menjadi jauh lebih kaya!

INFLASI, SIMPANAN TETAP, SAHAM DAN EMAS

Topik menarik ini mengupas betapa ungkapan mereka mengenai inflasi adalah salah sama sekali. Kenyataan bahawa nilai wang kertas sentiasa dimamah nilainya adalah tidak benar kerana setiap orang adalah diselamatkan oleh satu sistem yang menarik. Tiada mamahan inflasi sebenarnya. Jika ada inflasi yang tinggi seperti yang mereka sebut-sebutkan ini, sudah pasti anda telah merana kerananya dan tidak lagi mampu membeli roti canai dan lain-lainnya selepas beberapa tahun. Perbandingan terperinci di antara kesemua jenis-jenis pelaburan utama di atas akan dikaji dan kesimpulannya akan dipaparkan untuk pengetahuan anda! Contoh yang akan digunakan ialah Roti Canai, ini adalah satu analisis menarik yang anda tidak boleh tidak baca! Benarkah roti canai ini menjadi semakin mahal?

MENGAPA SAHAM SENTIASA SENANG UNTUK MENINGKAT

Pengenalan mudah mengenai saham. Apakah ia dan mengapakah orang yang membeli saham sudah hampir terjamin keuntungan mereka. Adakah saham ini haram atau pun bukan juga dijelaskan. Adakah saham ini bagus untuk ekonomi umat atau sebaliknya, juga dijelaskan. Penjelasan yang dilakukan adalah cukup mudah dan akan cukup membantu anda menilai apa-apa juga jenis pelaburan di luar sana. Anda boleh lakukan perbandingan yang cukup senang ke atas apa jua jenis pelaburan yang anda akan tempuhi selepas ini menggunakan cara-cara perbandingan yang hebat. Contoh pengiraannya disertakan sekali supaya sesiapapun boleh mengiranya.

MANUSIA SENTIASA INGIN KAYA DENGAN CEPAT DAN SENANG

Ya, topik ini menceritakan akan ketamakan biasa manusia, terutamanya orang-orang emas ini. Ustaz jabatan kerajaan keluar di TV bercerita tentang emas, melupakan apakah kerja beliau sendiri. Malah beliau tidak takut-takut untuk memberitahu seluruh negara yang beliau adalah seorang menjual emas, ketika waktu bekerja. Cerita mengenai kekayaan diri yang sebenar, mengenai ketamakan orang yang tidak terpelajar dan tiada harga diri ini diceritakan sebagai teladan kepada kita semua.

MENGUPAS BEBERAPA SKIM PELABURAN EMAS DI MALAYSIA

Topik ini menceritakan betapa mereka sentiasa menjanjikan pulangan yang maha hebat, tetapi adakah ianya benar? Siapakah yang anda kenal yang telahpun berhenti kerja dan tidak perlu bekerja lagi hanya dengan menyimpan emas? Jawapannya ialah tiada seorang pun! Mereka itu sendiri mendapat wang dengan menjual emas, bukannya dengan menyimpannya. Anda jangan terpukau dengan kata-kata manis mereka! Saksikanlah bagaimana janji-janji mereka ini dikelar dan isinya ditaburkan untuk kemudahan anda memahaminya! Topik yang menarik ini disertakan dengan matematik dan pengiraan yang lengkap berserta ilustrasi-ilustrasi berwarna, tetapi kesemuanya sangat mudah difahami. Sudah pasti anda akan ternganga dibuatnya!

MENGAPAKAH EMAS ITU MEROSAKKAN

Emas itu cukup merosakkan. Ianya menghancurkan ekonomi negara dan umat, ianya menghancurkan alam dan dunia ini. Ianya juga mengakibatkan banyak peperangan! Ya, ini kerana mereka terlalu terdesak dan kerana menjadi terlalu tamak sehingga sanggup membunuh! Topik ini banyak mengandungi gambar dan cerita yang menarik! Selepas ini anda akan berhenti dan berfikir sejenak apabila melihat mereka memuja-muja emas mereka dan anda akan teringat betapa banyaknya bukit bukau telah pun dihancurkan. Anda akan faham mengapakah Islam tidak mahukan umatnya menggunakan emas seperti yang tertera di dalam AlQuran itu sendiri. Topik ini juga mengandungi kajian mengenai negara pembeli dan penyimpan emas terbesar dunia, dan saksikanlah apa yang sedang terjadi kepada ekonomi mereka! Semua data adalah yang terkini dan ianya sungguh menyeronokkan untuk dibaca!

ASET TERBAIK DIMILIKI KETIKA EKONOMI MENJUNAM

Mereka selalu mengatakan bahawa emas itu sentiasa kekal nilainya, tidak kira sewaktu berperang atau tidak. Ini cuma penipuan semata-mata. Buktinya sudah banyak, emas tiada nilai sewaktu krisis melanda. Topik ini juga menceritakan apakah aset yang terbaik untuk dimiliki sewaktu krisis melanda, apakah cara-caranya untuk menghalang krisis daripada melanda (bukannya menyembunyikan harta benda seperti mereka yang tamak itu) dan apakah caranya untuk menyelamatkan simpanan anda sendiri. Tidak kira apa yang melanda, anda sudah pasti akan selamat, Insya Allah.

<< KEMBALI KE SINOPSIS SIRI           KE SINOPSIS BUKU 2 >>

Advertisements