SENARAI TOPIK

KEGAGALAN EMAS SEBAGAI MATAWANG

SENARAI TOPIK

 

EMAS MENJATUHKAN EKONOMI

Di dalam kembar yang pertama, pembaca sudahpun ketahui bahawa semakin disimpan emas-emas itu, maka semakin teruklah ekonomi sesebuah Negara. Di buku kembar kedua ini, penulis jelaskan pula mengapa emas akan menjatuhkan ekonomi sesebuah Negara, jika emas digunakan sebagai matawang. Bukti sejarah, malah pengiraan dan contoh-contohnya disertakan.

PERBEZAAN DI ANTARA WANG DAN KEKAYAAN

Ramai orang menganggap bahawa wang dan kekayaan adalah sama. Penulis jelaskan lengkap dengan contoh, mengapakah wang dan kekayaan adalah tidak sama. Perbezaan di antara keduanya selalu membawa kepada masalah pemahaman, malah pergaduhan dan peperangan! Topik ini adalah amat penting sekali untuk difahami, ianya akan membebaskan anda daripada melakukan kesilapan kewangan dan membolehkan anda memahami penyelesaian inflasi secara menyeluruh.

KEJATUHAN EMPAYAR-EMPAYAR ADALAH KERANA EMAS

Mereka berperang tidak berhenti-henti. Mereka berebut akibat pukauan sejenis logam berkilat. Akhirnya mereka alpa dan ketinggalan, dan empayar mereka tumbang. Inilah yang penggemar-penggemar emas tidak mahu anda ketahui!

CIRI-CIRI BURUK EMAS SEBAGAI MATAWANG

Senarai keburukan emas sepanjang masa ia dijadikan wang diletakkan di dalam topik mudah ini. Gunakanlah senarai ini untuk menjawab mereka yang selalu mengatakan emas itu wang terbaik.

ARAHAN PENGGUNAAN EMAS SEBAGAI MATAWANG UMAT ISLAM

Benarkah dakwaan mereka bahawa emas adalah matawang syariah? Ianya Islamik? Jika semua ini benar, manakah dalil-dalil dan nas-nasnya? Atau adakah ini semua angan-angan mereka sahaja? Jawapannya, ada di dalam topik ini.

PERBANKAN TANPA INTEREST

Penulis menjelaskan mengapakah anda tidak pernah dan tidak akan menjumpai “zero interest banking” di mana-mana pun. Malah, topik ini menjelaskan apakah itu interest yang sebenar-benarnya dan kesemua matematiknya ditunjukkan. Jangan anda risau dan jangan anda percaya begitu sahaja dakwaan mereka akan interest/riba ini.

SIAPA KATA MATAWANG EMAS SUDAH TIDAK WUJUD?

Topik ini mendedahkan akan kebodohan penggemar-penggemar emas kerana ada sesuatu di hadapan mata mereka yang mereka tidak pernah nampak biarpun ianya cukup jelas.

PENYELESAIAN MENYELURUH INFLASI WANG KERTAS

Inilah cara termudah dan terbaik untuk menutup terus hujah-hujah mereka mengenai inflasi wang kertas. Percayakah anda inflasi ini boleh dihilangkan dengan amat mudah?

DALIL-DALIL LEMAH PELOPOR MATAWANG EMAS

Ramai yang meminta akan satu senarai mudah untuk menjawab dakwaan pelopor-pelopor emas, terutama yang menggunakan agama untuk membuli orang lain. Di topik ini, tiada sesiapun pun yang akan terlepas, mereka akan terkena juga. Emas itu adalah untuk perzakatan? Lihatlah sendiri pengiraannya yang menunjukkan ketidakadilan penggunaan emas sebagai medium perzakatan. Sudah pasti anda akan melompat!

 

<< KEMBALI KE SINOPSIS SIRI           KE TEMPAHAN BUKU >>

Advertisements