Terima kasih kerana ingin mengetahui serta belajar lebih lanjut.

Buku kembar pertama iaitu Kegagalan Emas Sebagai Aset Pelaburan sekarang boleh didapati di GOOGLEPLAY.  Namun begitu, harga di GOOGLE PLAY adalah lebih mahal daripada pembelian terus dari kami dan juga diletakkan “copy protection” menerusi Adobe Digital oleh Google.  Pembeli dinasihatkan membeli terus dari kami, tetapi boleh ke sana untuk memuat turun “sample” dan membacanya sebelum mebeli buku tersebut di sini.

Penulis telah menyediakan satu penulisan yang sudah pasti tiada tandingannya di pasaran tempatan. Manakan tidak, kedua-dua buku beliau ini mengandungi ratusan ilustrasi berwarna (graf dan sebagainya). Ianya boleh dibaca dengan menggunakan apa sahaja medium yang pembelinya mahukan. Buku-buku ini boleh dibaca di dalam tablet-tablet, smartphones/tablets (phablets) berukuran 6” ke atas tanpa apa-apa masalah dan tanpa perlu “zoom”. Jika skrin pembaca adalah kurang daripada 6”, membaca secara landskap mungkin diperlukan. Tiada “restriction” atau apa juga halangan untuk dibaca di beberapa medium bacaan sekaligus untuk kesenangan maksimum pembaca. Format yang diberi adalah di dalam bentuk pdf.

Tablets1

Tablets2

Harga setiap buku ini hanyalah RM9.00 dan ianya boleh menjana pulangan yang amat besar untuk anda jika membacanya. Anda akan tahu apakah jenis pelaburan yang terbaik untuk anda dan pengetahuan berharga ini boleh menyelamatkan ribuan ringgit wang anda di masa hadapan. Oleh itu jangan ragu-ragu untuk membelinya kerana penulis ini pernah menerbitkan buku beliau di Amerika Syarikat dan kali ini, beliau menerbitkan sebuah buku yang dikhaskan untuk orang Malaysia (data tempatan digunakan).

Dengan bayaran sebanyak RM9.00 bagi setiap buku ini, para pembeli akan dapat terus membaca buku ini dengan serta merta! Tidak perlu menunggu untuk mula membaca!  Anda akan dapat kata kunci untuk melayari laman web “Exclusive Access” untuk memulakan pembacaan sambil menunggu buku anda dihantar.  Selepas beberapa jam, penerbit akan menghantar satu “personalized pdf copy” kepada pembeli apabila bayaran telah disahkan diterima. Saiz pdf untuk buku Kegagalan Emas Sebagai Aset  Pelaburan adalah 15MB dan saiz pdf untuk buku Kegagalan Emas Sebagai Matawang pula adalah 20MB.  Oleh kerana saiz fail yang besar, link kepada buku persendirian yang dimuat naik ke “cloud” akan dihantar ke email anda.

Kerana menurut pesanan dan permintaan penulis, penerbit bersetuju untuk memastikan harga buku ini tidak semahal seperti penerbit/penulis yang lain, ada yang menjual penulisan mereka sehingga RM99 sekali bayar, iaitu melebihi 1,000% berbanding buku ini. Mungkin penjual-penjual emas ini membuat untung lebih banyak dengan menjual buku mereka, bukannya melalui emas pun! Oleh itu jangan terpedaya. Sekali lagi, anda percayakan penjual emas itukah, atau bukan seorang penjual emas (seperti penulis)? Bolehkah anda percaya yang pedagang emas itu boleh mengeluarkan buku mengenai emas yang seimbang dan tidak berat sebelah? Sudah pasti tidak. Mereka bekerja sepenuh masa menjual emas dan lain-lain, bolehkah anda percayakan mereka? Penulis pula bekerja sepenuh masa untuk memajukan dunia sebagai seorang jurutera, beliau cuma ingin berkongsi maklumat hebat yang telah beliau bongkar dan selesaikan. Penulis telah mengorbankan ribuan jam waktu beliau sendiri di hujung minggu dan hampir kesemua waktu cuti beliau untuk mengkaji dan menyelongkar segala permasalahan ekonomi menggunakan matematik dan lain-lainnya.

Anda boleh mula membaca buku ini sebaik sahaja anda telah membayarnya. Akses anda adalah serta merta (instant) bergantung kepada syarat-syarat dan terma yang disertakan.

Pesanan peribadi daripada penulis:

Website dan buku kembar eksklusif ini ditulis khas untuk anda di dalam Bahasa Malaysia. Tiada sepertinya di luar sana.  Apa yang ada di luar sana hanyalah website oleh pedagang, penyimpan dan pemuja emas sahaja.  Jangan percaya kata-kata mereka bulat-bulat sebelum anda membaca website eksklusif dan buku yang unik ini. Ianya diterbitkan untuk membantu pembaca-pembaca Melayu khususnya, kerana siri buku berbahasa Inggeris saya telah diterbitkan beberapa tahun dahulu. Ketika itu, tiada keperluan untuk menerbitkan buku khas untuk rakyat Malaysia. Siri 259 Trillion Vs 5 Trillion adalah melebihi seribu muka surat dan diasingkan dalam tiga buku yang bersambung. Siri tersebut boleh menjawab keseluruhan soalan-soalan anda yang tersimpan dan terbuku tanpa apa-apa jawapan selama ini. Daripada matawang, perbankan menggunakan bunga, hutang, aset, pembelian rumah dan banyak lagi. Semua permasalahan ada diungkap dengan rapi, penuh fakta dan dengan tiada putar belit. Siri tersebut menggunakan beratus-ratus ‘infographics’, banyak yang anda boleh muat turun secara percuma. Saya adalah “co-author” siri tersebut. Di dalam buku ini pula yang diterbitkan khusus untuk orang Malaysia, saya akan membawa anda melalui satu siri pembelajaran yang hebat. Anda akan menjadi lebih arif tentang wang dan emas. Apakah ia ciri-ciri wang yang baik, akan dipersembahkan, supaya tiada lagi kekeliruan mengenainya. Walaupun topik ini sukar (kerana banyak putar belit serta fakta-fakta salah telah diterima umum sebagai kebenaran), saya akan pastikan penjelasan-penjelasan saya sentiasa senang untuk difahami.

Saya juga ingin menegaskan, ketidakbaikan emas ini bukan sahaja boleh dibuktikan seratus peratus dan secara menyeluruh menggunakan prinsip ekonomi sahaja, tetapi juga menggunakan prinsip agama. Ini kerana pelopor-pelopor emas menggunakan prinsip agama untuk mempengaruhi orang ramai dan orang ramai tidak akan menerima penjelasan ekonomi sahaja, maka saya juga akan menggunakan prinsip agama untuk menunjukkan ketidakbaikan menyimpan emas ini. Jangan terpengaruh tanpa meneliti dengan mendalam kenyataan demi kenyataan yang mereka keluarkan. Semua manusia boleh tersilap, tidak kiralah berapa umur mereka atau apa pangkat mereka.

Peringatan Terakhir:

Penulis menegaskan bahawa jika anda bersetuju untuk membaca website eksklusif dan buku ini sehingga habis, maka anda dengan secara automatiknya telah berjanji untuk sentiasa mengekalkan minda yang terbuka dan juga sentiasa boleh menerima kritikan dan percanggahan pendapat. Peranan beliau ialah menunjukkan apakah yang benar (menurut pandangan beliau). Untuk menyokong pendapat beliau, maka beliau telah menyediakan dan menyusun segala bukti dan fakta serta pengiraannya sekali di dalam buku yang sungguh menarik ini.

Penulis yang telah menerbitkan beberapa buah buku yang menarik ini telah berpesan, “mungkin ada di antara para pembaca yang tidak akan menerima hujah-hujah tajam dan pedas saya, maka apa yang mereka perlu buat ialah menjawabnya dengan menyertakan fakta-fakta mereka sendiri serta segala pengiraannya. Saya mengambil masa yang panjang untuk menyelesaikan kajian saya, oleh itu kepada mereka yang ingin menjawab, mereka juga perlu berbuat demikian. Semoga dengan bertukar pendapat dan fakta, semua orang akan memperoleh keuntungan dan kebaikan”.

Penulis menambah, “sebaliknya jika anda terlalu sayangkan emas melebihi segala-galanya dan anda rasa tidak mungkin kepercayaan anda itu akan terubah biarpun telah/akan disangkal oleh saya sekali dengan bukti-buktinya dan biarpun harga emas jatuh dan anda rugi besar, maka janganlah baca penulisan saya ini dan pergilah usap emas-emas anda itu jauh-jauh”.

SAYA BERSETUJU UNTUK BERSIKAP TERBUKA DAN PROFESIONAL >>

Man Reading Book and Sitting on Bookshelf in Library

<< SAYA KATAK BAWAH TEMPURUNG

Advertisements