WHAT’S NEW

Artikel Terbaru

Salam kepada semua pembaca.

Penulis telah menerbitkan artikel terbaru beliau bertajuk”The Imagined EPF Retirement Crisis – A Fact-less Drama“.

Artikel tersebut boleh di baca di sini.

Terima kasih dan selamat melabur.

 

-Virtus Team-

Advertisements

Buku Kegagalan Emas Sebagai Matawang

Kepada pembaca sekalian,

Akhirnya buku yang akan menutup terus penipuan dan angan-angan penjual emas ini telah diterbitkan.  Buku ini adalah hasil daripada interaksi penulis dengan banyak pelopor-pelopor emas ini yang rata-ratanya tidak faham atau pura-pura tidak faham mengapa emas itu dibuang dari menjadi matawang.  Kesusahan,kemusnahan dan peperangan yang di sebabkan oleh penggunaan emas sebagai wang itu tidak dipelajari oleh mereka.  Kebanyakannya terpengaruh dengan mereka yang ada kepentingan iaitu pemilik dan penjual emas.  Hidup kita sebagai manusia tidak sama sekali akan terjejas tanpa satu gram pun emas di dalam pegangan.  Jangan percaya percakapan mereka ini terutama “Islamist” yang selalu menyalah gunakan agama untuk kepentingan mereka sendiri.  Allah dan Nabi tidak pernah menyuruh menggunakan emas sebagai wang! Bacalah buku ini untuk menutup terus kisah emas ini.

Buku ini dijual dengan harga RM9 tetapi untuk sementara waktu, pembelian kedua-dua buku ini adalah pada harga RM15 sahaja.  Tawaran sah sehingga 1 Mac  2015.  Kepada pembeli buku Kegagalan Emas Sebagai Aset Pelaburan yang awal, email sudah dihantar untuk tawaran diskaun anda!

Selamat Tahun Baru dan Selamat Membaca!

Buku Sekarang Di jual Di GooglePlay Book

Kepada semua pembaca,

Untuk memudahkan lagi pembelian buku,  buku pertma Siri Kegagalan Emas ini sekarang boleh dibeli di GooglePlay Book, pada harga RM15.  Buku terpaksa dijual dengan harga yang sedikit mahal kerana kos yang diambil oleh GooglePlay.  KLIK LINK ini jika anda ingin membeli buku tersebut atau membaca “Free Sample”.

Buku kembar kedua iaitu Kegagalan Emas Sebagai Matawang pula akan diterbitkan pada penghujung bulan Disember.  Buku tersebut akan menutup terus temberang pelopor-pelopor emas ini.  Nantikannya!

Selamat membaca

Dari Penerbit

What’s New

Selamat datang ke laman web siri  “Kegagalan Emas” oleh Sharif Rahman

Terima kasih kerana ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai siri ini.  Buku berkembar ini ditulis oleh penulis, dengan harapan supaya setiap pelabur dapat melabur dengan bijak dan seterusnya mengurangkan pengagihan sumber alam yang terhad kepada aktiviti yang tidak berguna.  Penulis mahukan para pelabur mendapat banyak kebaikan daripada pelaburan mereka.  Oleh itu, harapan penulis adalah supaya pembaca dapat berfikir sendiri tanpa rasa takut dan bimbang dan seterusnya membuat kesimpulan sendiri akan pesan-pesan Allah.

Setiap pandangan penulis adalah atas hak penulis sendiri.